DERMA ANDA, HARAPAN KAMI :
SUMBANGAN ANDA PENTING UNTUK
MASJID SAUJANA UTAMA
Dengan RM15 Anda Sudah Mampu Membantu
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membangun masjid karena Allah, maka Allah akan membangunkan untuknya yang serupa di syurga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Masjid Saujana Utama adalah nadi komuniti masyarakat Islam di Sungai Buloh. Masjid ini memiliki fungsi sebagai:
- Pusat keimanan
- Pusat pendidikan
- Pusat menunaikan tanggungjawab kebajikan sosial
Dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah iaitu kini hampir mencecah 80,000 orang, kemudahan sedia ada tidak lagi mencukupi untuk memenuhi keperluan jemaah di kawasan ini. Keadaan ini sering mengundang ketidakselesaan ketika solat Jumaat, solat Hari Raya, dan majlis-majlis besar yang dianjurkan masjid.
Bertambah sayu apabila masjid sedia ada ini tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah. Ruang yang sempit dan fasiliti yang terhad menyebabkan ramai jemaah terpaksa bersolat di luar bangunan masjid, terdedah kepada cuaca panas dan hujan.
Sumbangan anda akan dapat bantu membina sebuah masjid yang bukan sahaja dapat menampung semua jemaah dengan selesa tetapi juga menawarkan kemudahan pendidikan dan komuniti yang canggih. Impian ini boleh menjadi kenyataan dengan bantuan anda.
Bangunan baru ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti:
- Tempat parkir kereta
- Sistem audio yang terkini
- Ruang solat yang lebih luas
- Dobi masjid
Selain menyokong populasi yang semakin meningkat, pembinaan infrastruktur baru juga dapat memperbaiki perkhidmatan kami, seperti kelas agama, acara komuniti, dan program belia.
Dana segera perlu dikumpul. Sertai kami untuk membuat perubahan yang berpanjangan kepada komuniti Islam Saujana Utama. Dengan menyumbang, anda bukan sahja menyumbang kepada masjid, malah turut menyumbang kepada pembentukan masa depan.
Semoga setiap sumbangan yang anda hulurkan menjadi amal jariah yang mengalir berterusan pahalanya. Amin.
Terima kasih atas kemurahan hati dan sokongan anda.